
Dikisahkan dalam sebuah hadis mengatakan bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tiada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu memiliki 70,000 gunung, pada setiap gunung terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri daripada api, pada belahan pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut mengatakan bahawa setiap lembah mempunyai 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula memiliki 70,000 bilik dari api, pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan 70,000 kala jengking, dan dikisahkan dalam hadis tersebut juga bahawasanya setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula mempunyai 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka disebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik
oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan hanya dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
0 comments:
Post a Comment